Aku mengaku.
Walaupun aku menutup aurat dulu, tapi tak sempurna.
Walaupun aku menutup aurat dulu tapi akhlakku tak dipelihara.
Ini terjadi kerana aku meringankan suruhan Allah dan kerana aku mahu diterima kawan-kawan sekeliling. Jahil sungguh aku. Sanggup aku ketepikan Sang Khaliqku kerana mahu menggembirakan makhluk-makhluk ciptaanNya.
Astagfirullahal'adzim.
Subhanaka inni kuntu minadzolimin. Aku yang menzalimi diriku sendiri.
Allahumma Ya Allah, ampunilah aku yang bodoh, jahil, sombong ini.
Syukur Alhamdulillah aku masih hidup untuk menyedari kebodohan dan kesilapan aku.
Syukur Alhamdulillah sejak aku mencecah umur 40 tahun pada tahun lepas, aku terhantuk dan tergadah, untuk sedar dari diriku yang bahalol. Aku mohon pada Allah SWT supaya aku diberi kekuatan dan ketabahan untuk terus mencari kesempurnaan diri. Belajar dari kebodohan diri sendiri dan melangkah maju ke
hadapan (Move Forward!) untuk meninggalkan diri yang bodoh lagi bahalol. Aku mahu pergi ke hadapan membina diri yang punya ilmu dan pengetahuan, punya kesedaran pada Sang Khaliq dan kekasih-kekasihNya, sentiasa peka dan mahu membantu meringankan beban mereka yang memerlukan bantuan - samada ahli keluarga mahupun masyarakat.
Ya Allah Ya Rabbku. Jadikanlah aku di antara mereka yang sentiasa mendapat RahmatMu, BarakahMu, petunjuk dan hidayahMu. Janganlah aku dibiarkan di dalam ketololan, kebodohan, kejahilan, kealpaan aku sendiri. Aku malu padaMu Ya Allah!
Bantulah aku Ya Allah Ya Rahmaan Ya Raheem! Bantulah aku Ya Muhammad Rasulullah Ya Mustafa!
Bantulah aku Ya 'Ali, Ya Fatimah, Ya Hassan, Ya Husayn!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Firman Allah bermaksud: “Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (ketika mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah al-Ahzab, ayat 59).
Panduan menutup aurat
1. Menutupi had aurat yang sudah ditetapkan. Hanya wajah dan tangan (pergelangan hingga ke jari) yang kelihatan.
2. Pakaian yang longgar & tidak menampakkan susuk tubuh.
3. Pakaian yang tidak jarang & tidak menampakkan warna kulit.
4. Bukan pakaian yang menarik perhatian untuk bermegah-megah.
5. Tidak menyerupai pakaian lelaki atau pakaian orang kafir.
6. Tidak bertabarruj, tidak bersolek dan tidak menghias diri.