Ya betul aku dah lama biarkan blog aku ni bersawang sejak September 2009. Nak post cerita baru pun tak sempat-sempat. Entah. Malas ada. Sibuk pun ada.
Dah banyak peristiwa aku tempuhi dari waktu tu hinggalah sekarang. Salah satunya tahun lepas aku dah jual rumah teres dua tingkatku dan berpindah ke kondo pula. Itu baru satu. Ada banyak lagi tapi itu cerita hari lain.
Sebenarnya peristiwa-peristiwa yang aku lalui sepanjang dua tahun kebelakangan ni banyak mengubah karakter, pemikiran dan persepsi aku. Aku rasa ini disebabkan aku masuk Kelab 40.
Klise yang kerap didengar ialah "Life Begins At 40". Ya, memang klise aku akui. Tapi ada kebenarannya. Depends on how you define LIFE. Bagi aku, kehidupan ini adalah ladang untuk kita semai segala amalan dan ibadah. Hasilnya kita tuai di Akhirat.
Dulu aku tak berfikir macam ni. Yup aku dah banyak berubah.
Anyway, back to LIFE.
Kehidupan juga adalah satu pilihan yang kita buat dan hadapi. Berani buat, harus berani tanggung konsekuennya (ya, "konsekuen" ialah perkataan Bahasa Malaysia ok. Aku dah check dengan DBP). Jika tersilap langkah, akuilah kesalahan itu, mohon maaf, rectify the situation and MOVE FORWARD.
Kehidupan juga mengajar aku mengenal siapa musuh aku sebenarnya. Ha, yang ni aku harus berterimakasih pada penerbit siri video The Arrivals. Sungguh, siri video ni membuka mata aku tentang banyak perkara. Kalau aku perlu huraikan di sini, makan masa berhari-hari pula nanti. Jadi korang tengok sendirilah ok. Dah tengok semua 51 episod, baru kita boleh sembang panjang.
Kehidupan memberikan pengertian yang jauh berbeza sekarang - berbanding dengan perspektif aku setahun yang lepas. Syukur aku sempat lagi bernyawa dan terus belajar tentang erti kehidupan. Sekarang misi aku ialah berusaha memastikan kesejahteraan kehidupan Akhirat aku nanti. Aku bukan orang alim, terlalu banyak khazanah ilmu Allah yang aku masih belum ketahui. Aku bukan maksum, tapi aku cuba lawan nafsu aku untuk memperbetulkan akhlakku untuk menjadi hamba yang lebih baik. Semoga aku tak putus usaha untuk menjadi manusia yang lebih baik dari semalam, dari bulan lepas, dari tahun lepas.
Insha Allah.
The point I'm making here is that I'm a different person now. Dan aku rasa janggal untuk guna ruang blog lama aku. Tengoklah, mungkin aku buka blog baru dan delete blog usang ni. We'll see.
No comments:
Post a Comment