Thursday, July 28, 2011

Taboo

Aku sebenarnya ada banyak subjek yang mahu ditulis.
Tapi kebanyakannya subjek dalam otak ini terlalu sensitif untuk dipostkan. Contohnya ideologi, masalah sosial, mazhab agama, buku-buku bacaan aku, teori-teori konspirasi (wah!), kisah rumahtangga dan macam-macam lagi. Aku tak bermaksud untuk menyakiti sesiapa. Aku cuma mahu berkongsi pandangan, mungkin perspektif aku boleh memberi idea pada si pembaca dan beri manfaat. Memang subjek-subjek sebegini tak berapa menyeronokkan untuk sesetengah orang sebab ini bukan subjek popular, bukan subjek mainstream. Orang lebih suka baca tentang gosip artis, kereta, gadget (dik non, perkataan "gajet" tak wujud dalam Kamus DBP ya), hiasan rumah etc.

shh.. self-censorship
Jadi perlukah aku berselindung di sebalik kisah "kawan saya" atau menggunakan nama samaran contohnya si Ahmad tapi ada penafian / disclaimer "bukan nama sebenar".

Dulu aku terfikir nak buat blog anonymous supaya aku lebih bebas mengeluarkan pendapat dan pandangan. Tapi aku tak kuasa nak maintain banyak blog. Yang satu ni pun aku boleh biarkan sampai berlalang hampir dua tahun.

It's okay. Aku masih boleh peram lagi.

No comments: